Sunday, October 3, 2010

Dayak Tertindas di Halaman Sendiri

Nukilan: Joshua Jabeng,

Salam hormat. 

Pernahkah terlintas di hati saudara bahawa Kaum Dayaklah yang paling tertindas di negeri sendiri?  Meskipun telah 47 tahun merdeka dalam Malaysia kaum kita belum lagi berganjak ke mana.  Kehidupan bercocok-tanam padi warisan nenek-moyang kita masih sama saja.  Rakyat kita tetap ketinggalan.  Kemiskinan bermaharajalela.  Jauhlah makmur seperti kaum Melayu dan Cina.  Malah, justeru yang sedia ada, tanah pusaka kita pun kini menjadi tiada lagi.

Tolong fikirlah:

Dahulu kita ada tanah warisan nenek moyang yang meneroka hutan rimba dengan darah & titik-peluh demi meraih sesuap nasi.  Kini kesemua tanah itu telah dirampas oleh pimpinan BN dengan tipu-helah dan dijual kepada syarikat2 asing pengusaha ladang tanpa pengetahuan pemilik tanah. 

Yang berani membantah segera diancam dengan polis, penguatkuasa Jabatan Tanah...dan samseng! Ingat tak peristiwa Niah?  Taktik yang lain pula dengan menyuapi ketua2 masyarakat Dayak dengan rasuah & dengan janji manis memberi kelulusan menyerahkan tanah rakyat.  Hasilnya, tanah rakyat diserahkan dengan harga seratus dua seekar sebagai "pelasi menua, bayar tungukus asi".  Tanah itu mereka terus jual pula dengan harga beribu ringgit kepada kompeni besar untuk mengusahakan ladang atau melombong.

Dapatkah kita rakyat khasnya kaum Dayak Sarawak menerima kenyataan ini?  Apakah kuasa ketua2 masyarakat untuk  menjual harta milik orang lain -- rakyat dibawah pengawasan mereka?  Ooi......! saudaraku kaum Dayak! 

Kini tidak satu pun rumah panjang di kawasan Tatau / Kakus yang dibina atas tanah sendiri, melainkan tanah kerajaan.  Ke manakah patut mereka berhijrah?  Ke bandar mereka manjadi setinggan, ke hulu pula setinggan.  Ke bandar mereka menjadi kuli / buruh kedai atau tapak pembinaan, ke hulu mereka menjadi buruh ladang kelapa sawit atau ladang kertas.  Inikah tujuan UMNO/BN?  Inikah namanya buah merdeka dalam Malaysia?

Adakah memang begini cara BN memerintah negeri Sarawak?  Ke manatah kita nak hantar orang2 Dayak cari kerja & cari makan, kalau bukan di tanah-air sendiri?  Polisi kerajaan BN negeri Sarawak dibawah Taib Mahmud terlalu kejam dan busuk.  Semua tanah NCR yang tidak mempunyai "title" memang State Land. Sampai bilakah kita sudi membiarkan kerajaan BN Taib Mahmud, keluarga dan konco2nya memperkosa tanah dan pusaka kita? 

Tanah NCR pusaka kita.  Hak ke atas tanah NCR telah lama wujud sebelum Malaysia, sebelum penjajahan British malah sebelum Rajah Brooke.  Tanah NCR tidak tertakluk kepada Land Code negeri Sarawak melainkan wujud atas Adat-istiadat nenek moyang.  Ketua Kaum -- Tua Kampung dan Penghulu berhak mutlak atas tanah asal Dayak -- pemakai menua.  Perbatasan di antara tanah ditandai dengan pokok, sungai, banjaran, kebun, dusun dsb. 

Pertahankanlah tanah saudara dengan titik-peluh dan tumpah-darah kerana nenek moyang kita pun telah berusaha meneroka hutan-rimba pada zaman silam untuk memperolehi "menua" kita yang ada sekarang ini.  Tanah pusaka adalah harta kita, maruah kita, masa depan dan harapan anak2 kita.  Yang telah dirampai oleh ladang pun kita mesti rebut balik. 

Malangnya bukan hanya kaum Dayak yang telah menjadi mangsa.  Tidakkah kaum Melayu dan Melanau luar bandar menghadapi situasi jahanam yang serupa?  Tapi kenapa mesti sokong BN?

Sekarang konon kerajaan akan mengukur dan memetakan tanah NCR.  Yakah BN baru tersedar akan tanggungjawab yang mereka sengaja abaikan selama 47 tahun?  Apa nak takut kepada pembangkang. Bukankah PKR, DAP, PAS,SNAP hanya hanya pandai cakap dan berjanji kosong belaka?

Kerja Perentah:

Kenapa pula susah nak melihat wajah anak2 muda kita di pejabat2 kerajaan?  Sampai ke hulu sungai dan pedalaman pun orang lain sahaja yang jadi cikgu, gurubesar, kerani..... Masuk maktab dan universiti pun ada kuota.  Apa salah kalau muda-mudi kaum Dayak diberi kelebihan di tanah sendiri negeri Sarawak ini?  Lihatlah di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara daerah Tatau, daripada 5 orang yang nampak bertugas, tidak seorang pun Iban.  Pelik benar kalau ini berlaku di kawasan yang 95% penduduknya berbangsa Iban.  Bagaimantah orang2 kampung yang pandai bercakap Iban hendak berurusan dengan pegawai2 yang tak pandai pun berbahasa Iban? 

"Jangan biarkan harimau terus bersarang dalam kandang"

Pelbagai tipu-helah akan dipergunakan oleh BN untuk bertahan memegang kuasa.  Tapi janganlah sampai terpedaya.  Turunlah mengundi, tunaikan tanggungjawab kepada anak-cucu-cicit anda.  Kerana sesiapa yang akan anda undi nanti akan membawa akibat yang besar kepada nasib mereka selama-lamanya.  Kita sengsara kerana undi orang2 yang dahulu daripada kita -- mereka tersilap kerana memberi BN kuasa untuk menjahanamkan segala hak warisan kita. 

Memang ini blog baharu.  Sekiranya tertarik hati untuk turut menyumbang, silakan dengan hati yang sudi.

Salam hormat & Terima kasih

No comments:

Post a Comment